PH Kedah gesa sidang DUN dibuka segera - Utusan Malaysia

PH Kedah gesa sidang DUN dibuka segera

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) Kedah menggesa Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor supaya segera menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi memohon perkenan pembukaan semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, sidang DUN Kedah merupakan platform dan medan terbaik untuk semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang berbincang, berbahas serta mengusulkan dasar-dasar negeri yang penting dan perlu disegerakan.

“(Perkara) itu termasuk berkaitan pakej rangsangan ekonomi, program imunisasi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang sedang bergelut dengan pandemik kesihatan Covid-19 dan krisis ekonomi yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, DUN Kedah perlu dibuka semula dalam masa terdekat agar prinsip demokrasi semak dan imbang tata kelola serta perjalanan pentadbiran negeri yang telah tergendala ketika ini dapat dilakukan secara telus demi kebajikan rakyat serta negeri Kedah.

Selain itu katanya, PH Kedah juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Rabu lalu.

“PH Kedah merafak sembah di atas titah Seri Paduka bahawa sidang Parlimen dan DUN perlu diadakan secepat mungkin, selain menamatkan darurat dan menyegerakan vaksinasi kepada rakyat,” katanya.

Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Seri Paduka bertitah, keputusan itu bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.