Elfira terkilan, arwah nenek positif Covid-19 di hospital - Utusan Malaysia

Elfira terkilan, arwah nenek positif Covid-19 di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Elfira Loy, berkongsi perkhabaran duka, neneknya Siti Rokiyah Saad telah menghembuskan nafas terakhir.

Dalam perkongsian sama, Elfira turut meluahkan rasa terkilan kerana nenek kesayangannya dijangkiti Covid-19 ketika berada di hospital.

“Sebenarnya berat nak cerita, belum cukup nafas nak tahan air mata ini. Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan. Atuk (panggilan kepada neneknya) dimasukkan ke hospital sebab operation kaki. Alhamdulillah semua okey cuma memang duduk hospital untuk dipantau.

“Selepas beberapa hari, tiba gilirannya untuk terima suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okey. Atuk tak mengalami sebarang kesan sampingan teruk. Tapi selepas lima hari tak silap El, atuk disahkan positif. Disebabkan ada penularan dalam wad. Ada berbelas orang disahkan positif.

“Ia berlaku di hospital. Puncanya daripada siapa masih tak tahu. Memang terkilan, tapi Allah yang menentukan. Kami hanya reda dengan ketentuan ini,” katanya.

Dalam perkongsian berlainan, El memaklumkan jenazah nenek telah selamat dikebumikan.

“Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini. Atok, Fira (panggilan manja El kepada nenek) sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira mintak kat Allah supaya atok tenang dekat sana ok, hiasi kubur atok seperti taman di syurga. Fira ada kat sini solat, doa dan sedekah untuk atok,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya