Borang rentas negeri, tandatangan polis palsu - Utusan Malaysia

Borang rentas negeri, tandatangan polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai yang tular di media sosial dikenal pasti mengandungi tandatangan palsu ketua polis balai tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, siasatan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan Inspektor Mohd. Ramizan Ramli.

Sehubungan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat penyalahgunaan borang rentas negeri tersebut.

“Borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April.

“Polis membuka kertas siasatan polis di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, tular di laman sosial petang semalam tangkap layar status Facebook seorang individu yang memuat naik mengenai borang rentas negeri milik Balai Polis Chukai yang masih kosong dan ditandatangani ketua polisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.