Benteng rapuh hukum Liverpool

Benteng rapuh hukum Liverpool

Penyerang Fenerbahce, Mason Greenwood (kiri) bersaing dengan pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister dalam saingan Liga Juara-Juara di Istanbul, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kelemahan benteng pertahanan menjadi punca utama kekalahan Liverpool 2-3 kepada Fenerbahce dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

Kemenangan dramatik di Istanbul itu menyaksikan Fenerbahce bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mencatat kejayaan berharga, sekali gus menghidupkan kembali peluang mereka dalam kempen Eropah musim ini.

Liverpool yang memenangi tiga perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Andoni Iraola, bagaimanapun, dihukum akibat kelalaian benteng pertahanan yang mudah dibolosi kelab Türkiye itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trey Nyoni dan pemain gantian, Alexander Isak masing-masing meletakkan The Reds di depan, namun Mason Greenwood dan Archie Brown memastikan tuan rumah kembali mengikat kedudukan sebelum Vedat Muriqi meledak gol kemenangan.

Perlawanan itu juga cukup bermakna buat pengendali sementara Fenerbahce, Dirk Kuyt yang mencipta kejutan membantu kelab itu menewaskan bekas pasukannya.

Bekas penyerang Belanda itu baru mengendalikan pasukan berkenaan buat kali kedua selepas Ismail Kartal meletakkan jawatan minggu lalu.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk menyamai kedudukan Paris Saint-Germain (PSG) di puncak carta Liga Juara-Juara.

Iraola mengakui pasukannya perlu memperbaiki aspek pertahanan selepas gagal mengekalkan kelebihan yang diraih dalam perlawanan itu.

“Kami dua kali mendahului selepas mempamerkan aksi baik dan mengawal permainan, namun melepaskan gol dalam situasi yang sepatutnya mampu dipertahankan dengan lebih baik,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini