Pukulan Hole In One Shahrul bawa VFive Technologies ke Final Kebangsaan ABGC di Langkawi

Pukulan Hole In One Shahrul bawa VFive Technologies ke Final Kebangsaan ABGC di Langkawi

PARA peserta bergambar sebelum kejohanan ABGC pusingan keenam bermula di di Staffield Golf & Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 90 pemain mempamerkan strategi dan ketahanan mental masing-masing dalam perebutan tiket ke pentas akhir Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) di Langkawi, Kedah, pada Oktober ini.

Pusingan keenam yang berlangsung di Staffield Golf & Country Resort itu menguji kehandalan peserta dalam persaingan yang turut menjadi platform kepada ahli-ahli perniagaan, usahawan dan golongan profesional untuk membina hubungan perniagaan.

Pemain handikap tiga, Shahrul Erman berjaya mencuri tumpuan apabila melakukan pukulan Hole In One di lubang ke-11 par 3, sekali gus membantu VFive Technologies Sdn. Bhd. muncul juara kategori gross, sekali gus melayakkan mereka ke kejohanan akhir kebangsaan ABGC di Langkawi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Shahrul yang bergandingan dengan pemain handikap lima, Mohd Hazrain, menamatkan saingan dengan kelebihan dua pukulan menerusi skor gabungan lima bawah par gross.

PEMENANG kategori Gross dan Nett bergambar bersama trofi masing-masing.

Atas pencapaian pukulan Hole-In-One itu juga, Shahrul turut menerima set sofa mewah Gavyn tajaan Fella Design bernilai RM10,815.

Tempat kedua menjadi milik pasangan Mohd. Hizir (5) dan Razid Sukiran (7) dari Can Builders Sdn. Bhd., manakala pasangan Ahmad Farhan Abdul Wahab (12) dan Mohd. Firdaus Ahmad (4) dari Maulana Sports Sdn. Bhd. menduduki tempat ketiga dengan skor gabungan dua bawah par.

Dalam divisyen nett bagi pertandingan Two Ball Best Ball Stableford pula, persaingan sengit menyaksikan 15 pasukan teratas masing-masing mencatatkan skor maksimum yang dibenarkan iaitu lima bawah.

Pasangan Amir Benno (0) dan Norhanar Jaafar (7) dari Hemat Navigation Sdn. Bhd. yang beraksi dengan handikap gabungan tujuh, muncul juara kategori Nett menerusi kiraan OCB.

Tempat kedua diraih pasangan dari Event Pro Venture, Hafizi Zainal (6) dan Mohd. Azlan Ahmad (5), manakala Fadzrul Abbas dan Zailani Khuzaimah dari Universiti Putra Malaysia di tempat ketiga.

Semua pemenang menerima hadiah penjagaan diri tajaan Panasonic Malaysia serta trofi, manakala juara kategori Gross dan Nett mara ke pentas akhir yang akan berlangsung di The Els Club Teluk Datai, Langkawi, dari 11 hingga 14 Oktober.

Berlangsung di bawah naungan diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, ABGC menampilkan tujuh pusingan kelayakan di kelab golf berprestij di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pusingan kelayakan terakhir dijadualkan pada 24 September di Templer Park Country Club. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini