PETALING JAYA: Saingan Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) semakin sengit selepas pusingan kelayakan keempat berlangsung di Tropicana Golf & Country Resort di sini, Khamis lalu.
Pusingan yang disertai 100 peserta itu menghimpunkan ahli perniagaan, usahawan serta golongan profesional yang bersaing bagi merebut hadiah dan trofi ABGC.
Dalam kategori gross bagi pertandingan format Two Ball Best Ball Stableford,
Pasangan AJS Niaga, Mohamad Azim Syahmi dan Sharul Nizam Mohamed muncul juara bagi kategori gross selepas mencatat keputusan tiga bawah par.
Pasangan itu berkongsi catatan sama dengan Lim Bu Keong dan Chun Yoon Kong daripada Tropicana Solid Packaging Services Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, pasangan AJS Niaga memperoleh tiket ke pusingan akhir di Langkawi menerusi counterback.

Tempat ketiga pula menjadi milik pasangan Feyyaz Ashaari dan Ahmad Zulfaqar Ahmad Aidy yang mewakili Feyyaz Sports Group selepas mencatat dua atas par.
Bagi kategori nett, pasangan DSevenFour Ventures, Nur Misuari Abd. Rahman dan Abi Sufyan Zainuddin muncul juara menerusi counterback selepas mencatat skor maksimum dibenarkan, lima bawah par.
Mereka mengetepikan pasangan Bingxu, Edmond Ng dan Eugene Goh serta gandingan Chong Chit Heng dan Mohd. Zaid Mohd. Noor daripada Takuni Sdn. Bhd..
Kesemua pemenang menerima hadiah tajaan Panasonic Malaysia serta trofi.
Pengerusi ABGC, Datuk Mohd. Salim Mohamed Sain berkata, kejohanan itu menarik lebih ramai penyertaan bukan sahaja peserta lokal tetapi juga peserta dari beberapa negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Katanya, negara-negara terbabit berminat untuk menganjurkan pusingan ABGC serta menghantar juara keseluruhan masing-masing ke pusingan akhir di Langkawi.
ABGC yang dianjurkan di bawah naungan diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melibatkan tujuh pusingan kelayakan di beberapa kelab golf terkemuka di Semenanjung Malaysia.
Pusingan kelayakan seterusnya dijadual berlangsung di Horizon Hills Golf & Country Club, Iskandar Puteri, Johor pada 6 Ogos, manakala pusingan akhir akan diadakan di The Els Club Teluk Datai, Langkawi dari 11 hingga 14 Oktober.
Kejohanan anjuran Elora Global Sdn. Bhd. itu terus mendapat sokongan pelbagai penaja korporat dan menjadi antara platform utama menghubungkan jaringan perniagaan melalui sukan golf di negara ini.
Antara penaja yang menjayakan kejohanan itu ialah Kueen Lai Group, Konsortium Jaringan Selangor, ENOTECH, Panasonic, Spectrum Outdoor dan KUSEL serta rakan industri lain.
Turut menyokong ABGC ialah Avisena Healthcare, Tenaga Nasional, Air Selangor, Ancom Nylex Berhad, World Klang Group, Skechers Golf dan Avant Aegis dengan BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design & Bridgestone Golf, CrestLink, Bridgestone Golf dan Fraser & Neave Holdings, Selgate Corporation, Ascend SP (M) Sdn. Bhd., NTT Data Payment Services, Zus Coffee, Throatsil, Acti Tape, NuNature, LeBotanique, Ninety Go, Slingshot, Jake’s Charbroil, Le Botanical, Adsmunch, Pixel Block dan Mike Golf & Event Transpro.
Selain itu, Persatuan Golf Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI), Kota Permai Golf & Club, Glenmarie Golf & Country Club, Royal Perak Golf Club, Tropicana Golf & Country Resort, Horizon Hills Golf & Country Club, Staffield Country Resort, Templer Park Country Club dan The Els Club Teluk Datai. – UTUSAN









