PETALING JAYA: Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) 2026 edisi sulung membuka tirai dengan penuh bergaya apabila pusingan kelayakan pertama di Kota Permai Golf & Country Club menghimpunkan 90 pemain golf korporat dan ahli perniagaan dalam satu platform eksklusif jaringan strategik.
Lebih daripada sekadar pertandingan sukan, kejohanan ini menjadi medan pertemuan pemimpin industri dan pembuat keputusan bagi mengukuhkan hubungan perniagaan, bertukar idea serta menjalin kerjasama baharu dalam suasana santai di padang golf berprestij.

Penganjuran ABGC di bawah naungan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mengangkat kejohanan itu sebagai platform serantau yang menggabungkan sukan, jaringan korporat dan diplomasi industri.
Dalam saingan pusingan kelayakan pertama, pasukan InfraSel muncul juara gross selepas menampilkan aksi konsisten dengan catatan 70 pukulan dalam format best-ball di Kota Permai Golf & Country Club.
Duo diwakili Megat Shariffudin dan Khairul Sarbany berjaya menguasai permainan dengan strategi kemas bagi memastikan kemenangan dalam saingan yang menghimpunkan pemain korporat berprofil tinggi itu.
Saingan turut menyaksikan semua peserta berusaha merebut slot ke pusingan akhir kebangsaan di The Els Club Teluk Datai, Langkawi yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.
Sementara itu, pasangan Nor Azhar Mohamad Noor dan Mohd. Izzad Ibrahim dari N.A Sales & Services meraih gelaran juara nett selepas kelebihan handicap membantu mereka mencatat keputusan terbaik walaupun hanya menduduki tempat kedua kategori gross.
Kejohanan ini menampilkan tujuh pusingan kelayakan di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pusingan kedua dijadualkan berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club pada 25 Jun ini.
ABGC dianjurkan oleh Elora Global Sdn. Bhd. dengan sokongan pelbagai penaja korporat termasuk Kueen Lai Group, Konsortium Jaringan Selangor, ENOTECH, Panasonic, Spectrum Outdoor dan KUSEL serta rakan industri lain.
Turut menyokong ABGC ialah Avisena Healthcare, Tenaga Nasional, Air Selangor, Ancom Nylex Berhad, World Klang Group, Skechers Golf dan Avant Aegis dengan BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design & Bridgestone Golf, CrestLink, Bridgestone Golf dan Fraser & Neave Holdings, Selgate Corporation, Ascend SP (M) Sdn. Bhd., NTT Data Payment Services, Zus Coffee, Throatsil, Acti Tape, NuNature, LeBotanique, Ninety Go, Slingshot, Jake’s Charbroil, Le Botanical, Adsmunch, Pixel Block dan Mike Golf & Event Transpro.
Selain itu, Persatuan Golf Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI), Kota Permai Golf & Club, Glenmarie Golf & Country Club, Royal Perak Golf Club, Tropicana Golf & Country Resort, Horizon Hills Golf & Country Club, Staffield Country Resort, Templer Park Country Club dan The Els Club Teluk Datai. – UTUSAN










