Azizulhasni jadi harapan emas

Azizulhasni jadi harapan emas

Azizulhasni Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tidak menyertai pusingan kedua Piala Dunia Trek di Hong Kong, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turun berentap dalam acara keirin dengan penuh tenaga di Velodrom Nasional, Nilai bagi pusingan akhir.

Berbekal dengan pingat emas acara keirin di pusingan pertama di Perth, Australia, Azizulhasni hadir dengan azam besar untuk mengulangi kejayaan tersebut, lebih-lebih lagi aksi di Nilai berpotensi menjadi penampilan terakhirnya di laman sendiri.

Beberapa jaguh keirin dunia seperti Harrie Lavreysen, Matthew Richardson, Nicholas Paul dan Kaiya Ota yang mengharungi jadual padat di Hong Kong minggu lalu dilihat membuka ruang terbaik buat pelumba berusia 38 tahun itu mencipta sensasi.

Selain itu, beliau kini menjadi sandaran utama negara selepas skuad pecut lelaki terkandas seawal pusingan kelayakan, ditambah pula situasi tidak menentu melibatkan rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berdepan kecederaan susulan kemalangan di Hong Kong.

Situasi tersebut secara tidak langsung meletakkan Azizulhasni sebagai antara pelumba paling stabil dalam kem negara ketika ini, sekali gus menggalas harapan tinggi untuk menghadiahkan keputusan terbaik.

Pengalaman luas yang dimiliki, termasuk kejayaan di pentas Olimpik dan Kejohanan Dunia, dijangka menjadi kelebihan utama dalam mengawal tekanan serta menentukan strategi perlumbaan yang lebih matang.

Jika berjaya memanfaatkan kelebihan yang ada, tidak mustahil Azizulhasni mampu menghadiahkan penutup manis di laman sendiri, sekali gus membutir emas kedua di pentas Piala Dunia tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN