Speedy Tigers benam Austria 5-4

Speedy Tigers benam Austria 5-4

FAIZAL Saari (tengah) meledak hatrik dalam aksi menentang Austria di Kejohanan Piala-Piala Negara di Poland, hari ini.- IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Speedy Tigers menutup kempen Piala Negara-Negara di tempat ketujuh selepas berjaya menumpaskan Austria 5-4 dalam perlawanan klasifiksi tempat ketujuh dan lapan, hari ini.

Faizal Saari muncul wira apabila meledak hatrik dalam perlawanan berkenaan selain gol daripada Fitri Saari dan Azrai Aizad Abu Kamal memboleh skuad kendalian Sarjit Singh keluar sebagai pemenang.

Dua gol Faizal terhasil menerusi jaringan padang, manakala satu gol terhasil melalui pukulan sudut penalti, sekali gus dipilih selaku pemain terbaik perlawanan menetang Austria.

Menurut Sarjit, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain apabila berjaya meledak lima gol dalam perlawanaan berkenaan, namun ada sesuatu yang menjadi kebimbangan apabila skuad negara melepaskan tiga gol selepas mendahului 5-1.

“Untuk menjaringkan lima gol memang kami berpuas hati. Tetapi agak mengecewakan apabila kami melepaskan tiga gol setelah mendahului 5-1. Penyakit ini perlu dihentikan dan diperbaiki segera.

“Saya melihat dua pemain muda menyerlah dan konsisten sepanjang kejohanan ini. Muhamad Faris Harizan dan Azimuddin Syakir Kamaruddin, mereka bermain dengan cukup baik,” kata Sarjit.

Mengulas lanjut, Sarjit berkata, pemain negara bermain dengan baik sepanjang kejohanan berkenaan apabila mampu menjaringkan gol dengan jumlah yang banyak.

“Kami sentiasa bermula baik pada awal permainan. Pasukan juga sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan segala kelemahan yang ada pada kehohanan ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×