Azraai Khor meninggal dunia

Azraai Khor meninggal dunia

MOHD Azraai Khor Abdullah meninggal dunia akibat serangan strok hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kehilangan seorang lagi individu berjasa besar dalam dunia bola sepak tanah air apabila jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah dilaporkan meniggal dunia hari ini.

Pemergian bekas ketua jurulatih Harimau Muda, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan beberapa lagi pasukan Liga Malaysia (Liga M) itu, dimaklumkan oleh anaknya, Firdaus Zainuddin di laman Facebook, sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat bapa saya Mohd. Azraai Khor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Mohon sama-sama berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Amin,” kata Firdaus.

Terdahulu, legenda yang membawa Kedah meraih gelaran ‘double treble’ pada musim 2006/2007 dan 2007/2008 itu dikejarkan ke hospital kerana diserang strok sebelum disahkan meninggal dunia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN