Pan Gon rayu penyokong penuhi Bukit Jalil

Pan Gon rayu penyokong penuhi Bukit Jalil

KEHADIRAN penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menaikkan semangat pemain Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon merayu agar penyokong setia skuad kebangsaan datang memenuhkan setiap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad kendaliannya malam esok.

Aksi pertama menentang Kyrgyzstan malam esok sangat penting bagi menentukan hala tuju skuad negara dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan Pan Gon berharap sokongan peminat dapat menaikkan semangat anak-anak buahnya.

“Saya tidak boleh janjikan apa-apa kepada peminat, tetapi ini adalah laluan skuad kebangsaan untuk ke pentas Piala Dunia. Perlawanan ini sangat penting, semua pihak kena bersatu dan (penyokong) kena datang ke stadium, beri sokongan kepada kami.

“Tanpa sokongan peminat, kami bukannya sesiapa. Peminat kena datang dan berikan sokongan. Ini rumah kita, persekitaran dalam stadium perlu dipenuhi untuk takutkan Kyrgyzstan, datang dan berjuang bersama-sama,” kata Pan Gon.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan sebanyak 7,587 keping tiket perlawanan antara Malaysia menentang Kyrgyzstan telah terjual.

Jumlah tiket yang terjual itu menunjukkan masih banyak tempat kosong di stadium kerana gelanggang keramat Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan lebih 80,000 penyokong.

Dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada 18 Oktober lalu, pertembungan antara Malaysia dengan Tajikistan telah dihadiri lebih 33,000 penonton.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya