Malaysia perlu berwaspada, Taiwan idam kejutan

Malaysia perlu berwaspada, Taiwan idam kejutan

GARY WHITE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Taiwan, Gary White melaungkan amaran agar Harimau Malaya berhati-hati kerana mereka mampu melakar kejutan  dalam perlawanan Kelayakan Bersama Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok.

Pengendali berasal dari England itu juga sedar skuadnya turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun dia sudah merancang sesuatu untuk memerangkap Harimau Malaya khususnya dua pemain lincah, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Abdul Halim.

“Malaysia ada pemain yang bagus terutama dua penyerang (Arif Aiman dan Faisal) yang sukar dikawal serta ditambah beberapa pemain yang berpengalaman serta pemain warisan yang bermain di liga antarabangsa.

“Kedua-dua pasukan mahukan tiga mata penuh dan sudah pasti Malaysia lebih tertekan kerana kami adalah pasukan ‘underdog’. Mereka juga lantang menyatakan tidak mahu kalah kepada kami, tetapi pada masa yang sama mereka mengambil tahu segalanya tentang kami,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya