Danial Syahmi kembali pamer kehebatan

Danial Syahmi kembali pamer kehebatan

Danial Syahmi Ahmad Shahril
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril kembali menemui sentuhan terbaiknya selepas mengakhiri perlumbaan di tempat ketujuh pada Kejuaraan Dunia Junior GP semalam.

Pada perlumbaan pusingan ketiga JuniorGP di Litar Ricardo Tormo di Litar Jerez, Sepanyol, Danial yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 dan berjaya mengutip sembilan mata pertamanya musim ini.

Bagaimanapun, hasrat Danial untuk bangkit pada Perlumbaan 2 tidak menjadi kenyataan apabila pelumba pasukan Asia Talent Team yang baru pulih dari kecederaan itu mengakhiri saingan tempat ke-15.

“Pada Perlumbaan 1, saya tamatkan perlumbaan dengan kedudukan tujuh terbaik. Ini adalah keputusan terbaik saya dalam perlumbaan JuniorGP dan keputusan terbaik saya untuk musim ini selepas satu bulan tidak berlumba. Saya gembira dengan keputusan ini.

“Pada Perlumbaan 2, saya cuba berikan yang terbaik namun agak sedikit susah kerana saya dan pasukan membuat penukaran pelarasan pada jentera. Saya menghadapi kesukaran sedikit mengawal jentera sekali gus menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

“Keseluruhan, saya gembira kerana kedua-dua perlumbaan saya berjaya mengutip mata. Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, pasukan dan semua yang menyokong. Kita jumpa perlumbaan seterusnya di Portimao,” katanya.

Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras dari pasukan Estrella Galicia mendahului carta kedudukan pelumba dengan 111 mata manakala Danila yang kali pertama bersaing sejurus pulih daripada kecederaan kini menduduki tangga ke-18 dengan mengutip 10 mata.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramlil yang beraksi dalam kelas European Talent Cup (ETC) kempunan untuk menaiki podium apabila terjatuh sekali gus gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya