Auto Bavaria perkenal warna baharu ulang tahun ke-33 - Utusan Malaysia

Auto Bavaria perkenal warna baharu ulang tahun ke-33

AHMAD Faisal Mustafa (kanan) memberi penerangan warna baharu model R1300 GS sempena konvoi ulang tahun ke-33 BMW Motorrad Auto Bavaria di Cameron Highlands, Pahang. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Sempena ulang tahunnya yang ke-33, BMW Motorrad Auto Bavaria memperkenalkan warna baharu untuk model R1300 GS.

Sebagai gimik sempena pelancarannya pada awal bulan depan, Auto Bavaria Ara Damansara mengadakan pratonton eksklusif kepada pelanggannya.

Dinamakan Jahre iaitu daripada perkataan Jerman bermaksud ‘ulang tahun’, terdapat dua warna menarik, hijau dan kelabu pada corak baharu itu.

Ketua Jualannya (Motorrad), Ahmad Faisal Mustafa berkata, warna hijau melambangkan semangat dan motivasi organisasi tersebut.

“Warna hijau juga mewakili jiwa kembara (adventure) pada model ini yang merupakan sebuah motosikal lasak.

“Warna kelabu pula melambangkan jalan tar. Secara tidak langsung bermaksud R1300 GS adalah motosikal sesuai untuk kegunaan di permukaan mencabar juga di jalan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia sempena aktiviti glamping untuk para pelanggan Auto Bavaria Ara Damansara di sini malam tadi.

Model Jahre ini juga didatangkan dengan panier aluminium yang sinonim dengan BMW GS.

Dalam pada itu, kira-kira 25 motosikal BMW dan 10 kereta Mini berkonvoi dari ibu negara ke sini meliputi jarak perjalanan kira-kira 250 kilometer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN