Miyu pahat sejarah, pertahankan kejuaraan Maybank LPGA

Miyu pahat sejarah, pertahankan kejuaraan Maybank LPGA

PEMAIN golf Jepun, Miyu Yamashita bergambar bersama trofi Tiger Head yang melambangkan logo Maybank selepas muncul juara Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain nombor empat dunia, Miyu Yamashita membuktikan kehebatannya apabila mempertahankan kejuaraan Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 apabila menamatkan saingan dengan kelebihan dua pukulan di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara, hari ini.

Pemain Jepun berusia 24 tahun itu, mencipta sejarah sebagai juara dua edisi berturut-turut selepas mengumpul keseluruhan 22 di bawah par 266, sekali gus mengekalkan penguasaannya dalam kejohanan berkenaan.

Kejayaan itu bukan diraih dengan mudah apabila Yamashita terpaksa berdepan tekanan daripada pencabar dari China, Liu Yan yang terus menghambatnya dalam pusingan terakhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liu memberikan amaran awal menerusi birdie di lubang kedua sebelum menghasilkan eagle di lubang kelima, sekali gus menguji ketenangan Miyu ketika perebutan gelaran semakin sengit.

Namun begitu, Miyu kekal tenang untuk menutup saingan dengan empat di bawah par 68 pada pusingan terakhir, selepas memulakan kejohanan dengan tujuh di bawah par 65, diikuti enam di bawah par 66 dan lima di bawah par 67 dalam tiga pusingan terdahulu.

Konsistensi itu membolehkan Yamashita menamatkan kejohanan dengan 22 di bawah par 266, manakala Liu terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 20 di bawah par 268.

Kejayaan itu menyaksikan Miyu berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$450,000 (RM1.82 juta) daripada hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM12.18 juta).

Mengulas kejayaan mempertahankan gelaran, Miyu mengakui tidak pernah menjangkakan mampu muncul juara dua tahun berturut-turut, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada setiap pukulan sepanjang kejohanan.

“Saya sangat gembira kerana berjaya memenangi kejuaraan ini dan sejujurnya, saya tidak menyangka mampu menjuarai kejohanan ini dua tahun berturut-turut.

“Saya hanya memberikan tumpuan untuk bermain dengan baik sepanjang empat hari pertandingan. Setiap hari dan di setiap lubang, saya hanya fokus untuk memberikan aksi terbaik,” katanya selepas menamatkan permainan.

Kejayaan di Kuala Lumpur itu turut menambah koleksi gelaran Miyu dalam Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA), selepas dia turut menjuarai Terbuka Wanita CPKC dan Meijer LPGA Classic.

Miyu mengakui pendekatannya musim ini berbeza berbanding tahun lalu apabila lebih teliti merancang jadual pertandingan serta menjaga kecergasan fizikal bagi memastikan prestasi kekal konsisten sepanjang musim.

Sementara itu, pemain golf profesional negara, Mirabel Ting sekali lagi membuktikan konsistensinya apabila muncul pemain Malaysia terbaik buat kali ketiga pada kejohanan berkenaan.

Mirabel Ting

Mirabel melengkapkan kempen di kejohanan di kedudukan ke-48 selepas melakukan lima di bawah par 283 sepanjang empat hari kejohanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini