Siapa jaringkan gol tidak penting- Faisal

Siapa jaringkan gol tidak penting- Faisal

AKSI Faisal Abdul Halim ketika menentang Sri Pahang FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap Selangor FC, Faisal Abdul Halim tidak gusar dengan aksi semasanya bersama pasukan walaupun sehingga kini masih gagal menemui sentuhan jaringan bersama pasukan baharunya itu musim ini.

Selepas perlawanan ketiga Liga Super, sudah ada cakap-cakap dalam kalangan peminat yang menyatakan Faisal gagal mempamerkan aksi sebenarnya bersama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe selepas masih gagal menjaringkan gol.

Bagaimanapun, Faisal pantas menepis tangapan tersebut dan menyatakan tugas menjaringkan gol bukanlah terletak di bahu pemain serangan semata-mata dan apa yang penting buatnya adalah untuk membantu pasukan mencatatkan kemenangan.

“Sudah tentu saya mahu jaringkan gol kerana ia dapat memberi semangat, kekuatan serta kepuasan untuk diri tetapi kalau kita lihat musim lalu pun saya tidak jaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama.

“Tugas menjaringkan gol bukan sahaja terletak kepada penyerang tetapi semua pemain juga perlu usaha, penjaga gol sekalipun,” katanya yang percaya masa untuknya membuka akaun jaringan bersama Selangor FC akan tiba nanti.

Menurut Faisal, beliau ketika ini masih lagi mencari rentak sebenar bersama pasukan dan tidak sesekali berasa sedih kerana gagal menjaringkan gol setakat ini.

“Perjalanan liga masih jauh lagi dan pemain masih membentuk persefahaman dalam pasukan. Persefahaman masih lagi belum sempurna dan kami setiap hari berusaha untuk tingkatkan lagi perkara itu.

“Ia bukan satu perkara yang mudah untuk dibentuk tetapi kita masih ada perjalanan yang panjang sehingga Disember nanti.” katanya yang menjaringkan 27 gol dan 42 ‘assists’ dalam 101 perlawanan selama bersama Terengganu FC.

Dalam pada itu katanya, sekiranya dapat menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya menentang Penang FC nanti beliau pastinya akan berasa gembira namun tetap memberi keutamaan kepada pasukan pada perlawanan itu.- Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya