Ronaldo pahat sejarah bakal buat penampilan kelima Piala Dunia

Ronaldo pahat sejarah bakal buat penampilan kelima Piala Dunia

Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo bakal memahat sejarah beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OEIRAS, Portugal: Cristiano Ronaldo bakal memahat sejarah muncul pemain kelima beraksi dalam lima Piala Dunia apabila dipilih untuk memimpin Portugal ke Qatar.

Penyerang berusia 37 tahun itu mengetuai trio Manchester United bersama Bruno Fernandes dan Diogo Dalot menggalas cabaran Portugal dalam kejohanan berprestij yang akan membuka tirai pada 20 November depan.

Ronaldo yang membuat penampilan pertama pada 2006 akan menyertai penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, Lothar Matthaus (Jerman) dan gandingan Mexico, Antonio Carbajal serta Rafael Marquez beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.

Kapten dan penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 117 gol itu bakal dibantu penyerang-penyerang muda termasuk Joao Felix (Atletico Madrid) dan Rafael Leao (AC Milan).

“Semua pemain dalam senarai saya ialah mereka yang dahagakan kemenangan dan mahu membawa Portugal muncul juara dunia, termasuk Ronaldo,” kata pengendali Portugal, Fernando Santos.

Santos yang membimbing Portugal menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) 2016 di Perancis tidak menyenaraikan Renato Sanches dari Paris Saint-Germain, sebaliknya memanggil pemain tengah Wolverhampton, Matheus Nunes.

“Pemilihan 26 pemain ini adalah paling tepat, manakala mereka yang tidak terpilih merasakan sebaliknya,” katanya.

Santos turut menyenaraikan bek tengah Benfica, Antonio Silva, 19, serta tonggak pertahanan berusia 39 tahun, Pepe.

Pertahanan Porto itu tidak bermain sejak 4 Oktober kerana kecederaan lutut tetapi dijangka pulih menjelang kejohanan di Qatar, yang akan bermula 20 November ini.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota terlepas aksi Piala Dunia akibat kecederaan betis.

Joao Moutinho, 36, yang tampil 146 kali untuk negaranya, melebihi pemain-pemain lain selain Ronaldo, juga tidak dipanggil, begitu juga rakan sepasukannya, Goncalo Guedes.

Portugal memulakan kempen Kumpulan H menentang Ghana pada 24 November, sebelum berdepan Uruguay pada 28 November dan Korea Selatan pada 2 Disember. – AGENSI

SKUAD PIALA DUNIA PORTUGAL

PENJAGA GOL
Diogo Costa (Porto), Rui Patricio (Roma/ITA), Jose Sa (Wolverhampton/ENG)

PERTAHANAN
Diogo Dalot (Manchester United/ENG), Joao Cancelo (Manchester City/ENG), Danilo Pereira (Paris Saint-Germain/FRA), Pepe (Porto), Ruben Dias (Manchester City/ENG), Antonio Silva (Benfica), Nuno Mendes (Paris Saint-Germain/FRA), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund/GER)

TENGAH
Ruben Neves (Wolverhampton/ENG), Joao Palhinha (Fulham/ENG), William Carvalho (Real Betis/ESP), Bruno Fernandes (Manchester United/ENG), Vitinha (Paris Saint-Germain/FRA), Otavio (Porto), Joao Mario (Benfica), Matheus Nunes (Wolverhampton/ENG), Bernardo Silva (Manchester City/ENG)

SERANGAN
Rafael Leao (AC Milan/ITA), Joao Felix (Atletico Madrid/ESP), Ricardo Horta (Braga), Goncalo Ramos (Benfica), Cristiano Ronaldo (Manchester United/ENG), Andre Silva (RB Leipzig/GER)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya