Portugal menang tipis 3-2 ke atas Ghana

Portugal menang tipis 3-2 ke atas Ghana

RONALDO diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan ketika menentang Ghana dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo menang tipis 3-2 ke atas Ghana dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, permainan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan gagal mempamerkan aksi penyudah yang berkesan untuk mencari gol.

Keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung babak kedua, Portugal mula menggandakan asakan dan hasilnya, anak buah Fernando Santos dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Ronaldo dijatuhkan dalam kotak penalti.

Ronaldo yang diamanahkan selaku pengambil sepakan tenang menyepak deras ke sudut sebelah kiri penjaga gol Ghana, Ati Zigi untuk gol pertama Portugal.

Gol berkenaan juga merupakan satu rekod baharu buat Ronaldo apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol lima kejohanan Piala Dunia.

RONALDO menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Portugal ketika menentang Ghana.

Bagaimanapun, gol Ronaldo itu tidak bertahan lama apabila kapten Ghana, Andre Ayew menyamakan kedudukan pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Berselang lima minit kemudian, Joao Felix menjaringkan gol kedua Portugal selepas mendapat umpanan cantik daripada Bruno Fernandes sebelum Rafael Leao menambah satu lagi jaringan dua minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Tersentak dengan jaringan itu, Ghana menggandakan asakan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-2 hasil jaringan Osman Bukari pada minit ke-89.

Serangan bertali arus Ghana selepas itu berjaya dipatahkan barisan pertahanan Portugal untuk mengekalkan kedudukan 3-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal ketika ini memimpin Kumpulan H dengan tiga mata, selepas ini mereka akan menentang Uruguay manakala Ghana akan berdepan Korea Selatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.