Poland tundukkan Arab Saudi 2-0

Poland tundukkan Arab Saudi 2-0

AKSI pemain Poland dan Arab Saudi dalam perlawanan kedua Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium Education City sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Poland kini memimpin Kumpulan C dengan empat mata selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan kedua mereka di Piala Dunia 2022 sebentar tadi.

Arab Saudi pula gagal untuk meneruskan rentak kemenangan mereka walaupun, berjaya mengejutkan pasukan gergasi, Argentina 2-1 dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum ini.

Gol Poland dalam perlawanan itu hadir menerusi Piotr Zielinski pada minit ke-39 dan Robert Lewandowski pada minit ke-82 sekali menyumbang kemenangan pertama selepas diikat Mexico 0-0 dalam perlawanan pertama.

Selepas Zielinski menjaringkan gol pertama, Arab Saudi berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun, Salem Al-Dawsari gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas berjaya diselamatkan penjaga gol Poland.

Satu lagi perlawanan Kumpulan C akan berlangsung awal pagi esok membabitkan pertembungan antara Argentina dan Mexico.

Peluang dalam Kumpulan C ketika ini masih terbuka dengan nasib mana-mana pasukan masih belum terjamin untuk layak ke pusingan 16 terbaik-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya