Perancis sahkan tempat ke pusingan kedua, benam Denmark 2-1

Perancis sahkan tempat ke pusingan kedua, benam Denmark 2-1

KYLIAN MBAPPE

DOHA: Dua gol daripada Kylian Mbappe ketika menewaskan Denmark 2-1 sebentar tadi menjadikan pasukan Perancis sebagai pasukan pertama layak ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022.

Kemenangan tersebut membolehkan Perancis mengutip enam mata untuk menerajui Kumpulan D dan tidak perlu menunggu perlawanan terakhir untuk mengesahkan ke pusingan kedua.

Dalam perlawanan di Stadium 974 itu, Mbappe menjaringkan gol pertama pada minit ke-61 sebelum Adreas Christensen berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada tujuh minit kemudian.

Mbappe muncul wira Les Blues apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 selepas menyudahkan hantaran silang Antoine Griezman.

Pada perlawanan terakhir kumpulan nanti, Perancis akan berdepan Tunisia manakala, Denmark akan berdepan Australia untuk menentukan nasib mereka dalam saingan Piala Dunia 2022.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN