Enrique terkenang mendiang anak ketika bertemu Jerman

Enrique terkenang mendiang anak ketika bertemu Jerman

GAMBAR kenangan Luis Enrique bersama Xana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui, dia terkenangkan kepada mendiang anaknya, Xana yang sepatutnya menyambut hari jadi ke-13 semalam ketika pasukannya seri 1-1 dengan Jerman dalam aksi sengit Piala Dunia 2022, awal pagi tadi.

Xana meninggal dunia akibat kanser tulang pada 2019 ketika berusia sembilan tahun, dan kehilangan anaknya itu mendorong Enrique meletak jawatan sebagai pengendali Sepanyol sebelum kembali melatih pasukan.

Beliau memberi penghormatan dengan memuatnaik video di media sosial dan berkata, menerima ketentuan itu.

“Ia hari yang istimewa buat keluarga saya kerana untuk seketika kami terfikir untuk menjalani kehidupan ini seperti biasa.

“Memang ia (kehilangan) tidak nampak secara fizikal tetapi kami kerap kali memikirkannya.

“Begitulah kehidupan ini berfungsi. Ia bukan sekadar kebahagiaan tetapi juga tentang bagaimana anda menguruskan detik-detik seperti ini,” katanya.

Enrique meletak jawatan pada Jun 2019 bagi memberi tumpuan kepada Xana yang ketika itu sedang tenat, dan anaknya kemudian meninggal dunia pada Ogos.

Dia kembali membimbing Sepanyol pada November 2019 dan membawa skuad La Roja mara ke separuh akhir Euro 2020.

Selepas membelasah Costa Rica 7-0 dalam aksi pembukaan dan seri dengan Jerman, Sepanyol kini mengungguli Kumpulan E pada Piala Dunia 2022. Mereka akan berdepan Jepun dalam aksi terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.