Duke sudah jangka dia akan jaringkan gol buat Australia

Duke sudah jangka dia akan jaringkan gol buat Australia

DUKE muncul wira Australia dalam perlawanan menentang Tunisia di Stadium Al Janoub hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Wira Australia yang menjaringkan gol ketika menewaskan Tunisia 1-0, Mitcheel Duke berkata, dia sudah merasakan dirinya akan muncul sebagai penjaring gol dalam pertemuan kedua The Socceroos di Piala Dunia 2022.

Dalam perlawanan itu, tandukan menarik Duke meletakkan Australia di hadapan pada minit ke-23 dan mereka bermati-matian bertahan pada separuh masa kedua untuk menutup mulut penyokong Tunisia yang riuh rendah.

Ketika ini, The Socceroos menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D dengan tiga mata daripada dua perlawanan, setelah ditewaskan dengan 4-1 oleh juara bertahan Perancis dalam perlawanan pembukaan mereka.

“Sebagai penyerang anda perlu mempunyai keyakinan itu dan percaya bahawa anda boleh menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

“Saya sebenarnya telah menghantar mesej kepada beberapa keluarga saya mengatakan bahawa saya akan menjaringkan gol hari ini,” kata penyerang tengah yang berpangkalan di Jepun itu.

Duke membuat huruf ‘J selepas menjaringkan gol dan berkata, itu adalah untuk anaknya yang menonton.

“Isyarat itu adalah huruf J untuk huruf pertama namanya. Saya belum melihatnya lagi tetapi nampaknya dia melakukannya kembali kepada saya dari stadium, yang merupakan detik yang sangat istimewa dan saya akan menghargainya sepanjang hayat saya,” kata Duke.

Prestasi terbaik Australia sebelum ini ialah pada 2006 apabila mereka mara ke pusingan 16 terakhir, pada zaman Tim Cahill, Harry Kewell dan Mark Viduka.

Pasukan Graham Arnold Australia tidak mempunyai pemain seumpama itu tetapi bermati-matian sejak perlawanan dimulakan di hadapan 42,000 di Stadium Al Janoub.

Sementara itu, kempen Piala Dunia Tunisia menghadapi masalah besar dan mereka berdepan tugas berat dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka selepas hanya meraih satu mata daripada dua perlawanan.

Mereka dalam misi wajib menang dalam perlawanan menentang juara bertahan Perancis jika memasang impian untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

“Adalah penting bagi kedua-dua pasukan untuk menang hari ini, kami tidak beraksi seperti yang kami mahu pada separuh masa pertama.

“Mereka menguasai separuh masa pertama. Kami menukar taktik dua atau tiga kali pada separuh masa kedua dan mempunyai empat atau lima peluang tetapi tidak dapat menjaringkan gol.

“Mereka cekap dalam menukar peluang mereka, kami tidak. Dalam perlawanan terakhir menentang Perancis, kami akan bermain ikut cara kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.