Belanda miliki kualiti juara

Belanda miliki kualiti juara

VIRGIL van Dijk berdiri di tengah pemain Belanda dalam sesi latihan di Doha semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Naib juara Piala Dunia tiga kali, Belanda bersedia menamatkan penantian panjang mereka untuk menggengam trofi buat julung kalinya dengan kehadiran semula pengurus berpengalaman, Louis Van Gaal.

Van Gaal, 71, yang keluar dari persaraan selepas berjaya bertarung dengan kanser prostat hanya mampu melihat Belanda cemerlang ketika pusingan kelayakan November tahun lalu di atas kerusi roda kerana menjalani rawatan radioterapi.

Justeru penggendali veteran itu bakal menaruh kepercayaannya terhadap pertahanan kental, Virgil van Dijk yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan itu.

Van Dijk tidak dipilih oleh Van Gaal pada edisi Piala Dunia 2014 di Brazil, manakala Kejohanan Eropah (Euro) 2020 pula menyaksikan bintang Liverpool itu disisihkan kerana ditimpa kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

LOUIS Van Gaal (dua, kanan) bercakap dengan penyerang Belanda, Cody Gakpo dalam latihan semalam. – AFP

“Kami harus mempercayai dan menunjukkan keyakinan terhadap kualiti yang dimiliki pasukan ini.

“Kami ada pengurus berpengalaman dan hebat, kami juga mempunyai pemain yang pernah beraksi di tahap tertinggi, baik bersama skuad kebangsaan atau peringkat kelab,” jelas Van Dijk.

Belanda mengharungi tempoh yang suram beberapa tahun lalu apabila gagal melayakkan diri ke Euro 2016, disusuli skrip sama ketika Piala Dunia 2018, dan kemudian tersingkir awal di Euro 2020.

Bagaimanapun, sejak Van Gaal kembali dilantik pada 2021, Oranje bertukar menjadi  pasukan  berbeza dan kebal apabila masih belum tewas dalam 15 perlawanan.

Van Dijk yang pernah menjadi pertahanan paling mahal ditandatangani Liverpool pada 2018 berpeluang memastikan Belanda tidak lagi berputih mata dalam Piala Dunia kali ini.

Perkhabaran baik untuk Belanda menjelang perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan A hari ini, Senegal kini tempang tanpa penyerang sensasi, Sadio Mane.

“Ia bakal menjadi perlawanan  besar menentang juara Afrika, dan saya bersimpati  dia (Mane) akan terlepas perlawanan ini,” kata Van Dijk. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.