Australia kembali 'bernyawa', tewaskan Tunisia 1-0

Australia kembali ‘bernyawa’, tewaskan Tunisia 1-0

MITCHELL Duke muncul wira buat Australia selepas meledak gol kemenangan ke atas Tunisia di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

DOHA : Australia mengidupkan peluang mereka dalam perebutan tempat ke peringkat kalah mati dalam Kumpulan D Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Tunisia 1-0 di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

Kemenangan anak-anak buah Graham Arnold’s itu cukup penting buat skuad The Socceroos selepas tewas 4-1 dalam perlawanan pembukaan mereka kepada juara bertahan Perancis pada Rabu lalu.

Gol kemenangan Australia hadir menerusi tandukan menarik penyerang, Mitchell Duke pada minit ke-23 yang menyempurnakan hantaran silang Craig Goodwin’s dari sebelah kiri gawang Tunisia.

Kekalahan Tunisia itu menyebabkan peluang mereka hampir tertutup untuk lolos ke pusingan 16 kerana mereka akan berdepan Perancis dalam perlwanan terakhir kumpulan pada Rabu ini.

Australia pula akan berdepan Denmark pada hari yang sama, satu lagi perlawanan Kumpulan D membabitkan pertembungan antara Denmark dan Perancis pada pukul 12 tengah malam ini.- AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN