Sports Direct taja SCL 2022

Sports Direct taja SCL 2022

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin (enam, kanan) dan Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia Sdn. Bhd, Paul Gibbons (lapan, kiri) dalam majlis tandatangan kerjasama antara Sports Direct dan FAS, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2022 bukan sahaja berjaya menarik minat bekas pemain kebangsaan, malah pengedar barangan sukan antarabangsa, Sports Direct.

Kerjasama yang dimeterai antara Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan Sports Direct bagi tempoh dua tahun pastinya melonjakkan imej FAS di pentas antarabangsa.

Penganjuran yang kini memasuki edisi keenam akan disertai 16 pasukan yang bertanding dengan Sports Direct akan menjadi penaja ‘berstatus Perak’.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Izrin Nabil Ismail berkata, kerjasama yang dimeterai selama dua tahun ini akan bermula dengan kejohanan SCL bermula esok.

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin bersama Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia Sdn. Bhd, Paul Gibbons pada majlis tandatangan kerjasama antara Sports Direct dan FAS, hari ini.

“Selaku penaja berstatus Perak, Sports Direct akan terlibat sama dalam program pembangunan FAS, pemasaran dan juga penjenamaan.

“Untuk tahun pertama, jumlah tajaan keseluruhan adalah RM50,000 membabitkan barangan dan kewangan,” katanya pada Majlis tandatangan kerjasama antara Sports Direct dan FAS yang turut dihadiri Presiden FAS, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin.

Kata Izrin Nabil, edisi tahun ini dianggap istimewa dengan penyertaan beberapa bekas pemain negeri dan juga kebangsaan.

“Razman Roslan, Shukor Adan, Amirulhadi Zainal, Azmeer Yusof antara beberapa pemain yang bakal menghiasai kejohanan bermula 8 Oktober hingga 10 Disember nanti,” ujarnya.

SCL merupakan platform yang mengumpulkan pasukan-pasukan amatur terbaik daripada komuniti bola sepak akar umbi negeri Selangor.

Kejohanan yang diilhamkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah akan disertai lebih 500 orang pemain .

Lapan pasukan dalam setiap kumpulan akan bermain tujuh perlawanan di mana empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Daripada 16 pasukan, sepuluh pasukan akan bertanding dalam SCL untuk kali pertama dalam kelab sejarah mereka manakala dari enam pasukan yang kembali, hanya NPNG Damansara Perdana dan Belia Selangor tidak bersaing pada edisi lepas.

Empat pasukan yang lain, Naib Juara SCL 2021 KRU Port Klang, MPKJ, Kelana United dan Kajang Bujangga melengkapkan barisain pasukan untuk SCL tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya