Jonathan bidik emas ke-28 di Hanoi

Jonathan bidik emas ke-28 di Hanoi

JONATHAN Wong bakal menyertai beberapa kejohanan penting termasuk Piala Dunia  di Sepanyol pada April, kejohanan Eropah di Berlin, serta kejohanan Dunia di Munich pada penghujung Mei yang menjadi medan awal menguji tahap persiapan ke Sukan Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Penembak negara, Johnathan Wong merampas kembali pingat emas dalam acara 10 meter air pistol individu lelaki di Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Johnathan memenangi saingan selepas mengumpul 238.6 mata di Pusat Latihan Kebangsaan Hanoi.

Penembak tuan rumah, Tran Quoc Cong meraih perak dengan 236.6 mata, manakala Iqbal Raia Prabowo dari Indonesia membawa pilang gangsa menerusi 214.2 mata.

Johnathan sebelum ini pernah memenangi emas dalam acara itu ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2019 di Manila. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN