Mei Kuan, Meng Yean akhiri cabaran dengan kemenangan - Utusan Malaysia

Mei Kuan, Meng Yean akhiri cabaran dengan kemenangan

CHOW Mei Kuan (kiri) dan Lee Meng Yean ketika menentang Lauren Smith-Chloe Birch dari Great Britain hari ini. - AFP

TOKYO: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean melengkapkan penampilan sulung mereka dalam Sukan Olimpik dengan menumpaskan pasangan Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith sebentar tadi.

Kemenangan 21-19, 21-16 dalam aksi penutup Kumpulan A itu bagaimanapun tidak merubah kedudukan pasangan Malaysia tersebut yang sudah tersingkir daripada temasya.

Dua kekalahan dalam aksi pertama iaitu 14-21, 17-21 kepada beregu Indonesia, Grysia Polii-Apriyani Rahayu dan 21-17, 15-21, 8-21 di tangan gandingan Jepun, Fukushima Yuki-Hirota Sayaka Yean menyebabkan mereka gagal menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik.

Hari ini, cabaran badminton Malaysia di Olimpik Tokyo akan diteruskan oleh Soniia Cheah dalam perseorangan wanita dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Soniia akan menentang pemain Hungary Laura Sarosi pada pukul 1 tengah hari nanti, manakala Aaron-Wooi Yik yang kalah kepada beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan semalam akan bertemu pasangan Kanada, Jason Ho-Nyl Yakura pada pukul 7 malam.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN