'Chen Long idola saya, namun saya akan tentang dia habis-habisan' - Utusan Malaysia

‘Chen Long idola saya, namun saya akan tentang dia habis-habisan’

CHEN Long menewaskan veteran Sepanyol, Pablo Albian untuk mara ke peringkat kalah mati Sukan Olimpik 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia menghormati reputasi besar Chen Long sebagai penyandang juara Olimpik dan juara dunia dua kali, malah menganggap jaguh China itu sebagai idolanya.

Bagaimanapun juara All England tersebut menegaskan, dia turun ke gelanggang esok tanpa rasa gentar dan berjanji akan memberi tentangan habis-habisan kepada pemain berusia 32 tahun itu dalam misi memburu tiket ke suku akhir.

Malah melihat kepada rekod pertemuan yang terikat 2-2, Zii Jia berpeluang untuk menumpaskan bintang China itu selepas menang 21-12, 21-18 dalam perlawanan All England, tahun lalu.

“Dia adalah idola saya, rekod pertemuan kami 2-2, apabila saya lawan dia memang akan sampai rubber-set, jadi saya memang tidak sabar untuk lawan dia esok.

“Chen Long seorang pemain berpengalaman dan perlawanan pastinya bukan mudah. Saya berharap dapat membuat persediaan yang baik, dan akan memberikan aksi seratus peratus,” kata Zii Jia.

Pemain kelahiran Kedah itu melangkah ke pusingan kalah mati selepas mempamer aksi bertenaga ketika menewaskan Brice Leverdez 21-17, 21-5 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.