KUALA NERUS: Seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan susulan bencana banjir yang melanda pada Isnin.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini mula diaktifkan jam 9 malam.
Menurutnya, setakat pukul 5 pagi, seramai 28 lelaki, 31 perempuan, tujuh warga emas lelaki dan tujuh warga emas perempuan dipindahkan ke PPS tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, ia turut melibatkan seramai 24 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki serta seorang orang kurang upaya (OKU) perempuan.
Sementara itu, keadaan cuaca di daerah tersebut dilaporkan hujan renyai dengan trend paras air menunjukkan peningkatan secara perlahan. – UTUSAN











