Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan keberkatan, berkasih sayang dan peluang bagi seseorang untuk memperbaiki hubungan, memaafkan dan menyambung silaturahim yang terputus. Demikian juga dengan kisah Faridah (bukan nama sebenar) yang saya kongsikan minggu ini, kerana Ramadan juga mengetuk pintu hatinya untuk berusaha mencari ibu kandung yang telah lama terpisah. Segala-galanya bermula apabila Faridah dibuang oleh adik-beradik angkat selepas kematian ibu bapa angkatnya dua tahun lalu. Walaupun sedih dengan…