Tingkatkan sokongan kepada Palestin

Tingkatkan sokongan kepada Palestin

UMAT Islam perlu memberi penerangan dengan lebih giat terutama kepada masyarakat bukan Muslim, supaya mereka dapat memahami isu tersebut dari aspek kemanusiaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ALHAMDULILLAH, dengan kehadiran hampir 100 orang hadirin, ABIM Johor telah mengadakan Seminar Peduli Palestin bertempat di UTM Technovation Park, Skudai, Johor Bahru.

Tujuan seminar dijalankan ialah untuk memperkukuh solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Seminar telah diisi oleh dua orang panel iaitu Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM Pusat) serta Profesor Mohd. Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia serta Ustaz Ari Kurniawan selaku moderator.

Zairudin mengupas bahawa perjuangan kemanusiaan ABIM telah digerakkan sejak tahun 70-an lagi, dalam memberi pencerahan tentang konflik ini serta sentiasa menganjurkan aktiviti seperti kempen dan forum kesedaran, kenyataan media, demonstrasi serta bantuan kemanusiaan terus ke Palestin.

Beliau juga menegaskan bahawa umat Islam perlu memberi penerangan dengan lebih giat terutama kepada masyarakat bukan Muslim, supaya mereka dapat memahami isu tersebut dari aspek kemanusiaan. Hal ini demikian kerana terdapat ramai penduduk bukan Muslim Palestin yang turut dizalimi oleh rejim Zionis.

Seminar ini juga sepakat meningkatkan keprihatinan masyarakat dalam mendukung perjuangan Palestin dengan berhikmah dan berstrategi.

Hal ini adalah selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang menyokong pelaksanaan gencatan senjata kekal dan menghentikan dana serta bantuan kepada rejim Israel, termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan, termasuk penetapan haram rejim Israel.

Semoga program seperti ini diadakan lagi untuk menunjukkan kelantangan rakyat Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada kekejaman rejim Zionis Israel. – UTUSAN

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×