Teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mencipta impak melata di seluruh dunia, termasuk Malaysia. AI mula mentransformasi cara bekerja dan menjalani kehidupan bagi ramai orang, yang tampaknya mencipta satu fenomena yang tidak berlaku sebelumnya. Kepesatan kemajuan AI pada peringkat global memerlukan satu respon yang tidak hanya menjadikan Malaysia pengguna AI, sebaliknya mesti menjadi pencipta teknologi AI demi membentuk satu wajah baharu negara sebagai peneraju bidang AI di rantau ini dan dunia.…