MENGIMBAU amanat tahun 2011 oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu, beliau mengutarakan satu kerangka bagi menilai kecemerlangan universiti, iaitu 3R – relevant (relevan), referred (dirujuk) dan respected (dihormati). Mengapa 3R? Universiti berfungsi melengkapkan ekosistem pembangunan sebuah negara. Tanggungjawab universiti boleh diperjelaskan dengan model Quadra-Helix merangkumi empat pemegang taruh yang utama – kerajaan-industri-masyarakat-akademia. Kerajaan-industri-masyarakat merangkumi tuntutan dari luar kampus dan akademia adalah matlamat masyarakat kampus sendiri. Kerajaan, industri dan masyarakat semuanya mengharapkan universiti berjaya menghasilkan graduan berkualiti tinggi yang menepati kehendak ekonomi semasa dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya