SEJAK zaman dahulu, masyarakat Cina berpegang teguh pada pepatah, rancangan setahun bermula pada musim bunga, rancangan sehari bermula pada waktu pagi. Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok juga dikenali sebagai chun jie (perayaan musim bunga) menandakan permulaan untuk setahun yang baharu. Sehari sebelum Tahun Baharu Cina dikenali sebagai chu xi. Pada hari tersebut, semua orang tidak kira tua atau muda akan pulang ke rumah masing-masing untuk berkumpul bersama ahli…










