DALAM wacana kesusasteraan Melayu, nama Munsyi Abdullah Abdul Kadir (1796-1854) sering diangkat sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun begitu, berdasarkan kertas kerja dibentangkan Dr. Cyril Skinner (1924-1986) dalam satu persidangan sejarah di Bangkok, Thailand pada 1977, ada seorang lagi tokoh terdahulu yang wajar diberi perhatian iaitu Munsyi Ahmad Rijaluddin Hakim Long Fakir Kandu (1780-1811), seorang Chulia iaitu gelaran digunakan bagi golongan India-Muslim di Pulau Pinang pada zaman dahulu. Sementara Skinner…










