Skuad wanita negara perlu kalahkan Chile

Skuad wanita negara perlu kalahkan Chile

Dua pemain Jepun menghalang serangan pemain Malaysia dalam aksi Piala Dunia Remaja Wanita 2025 di Santiago, Chile, semalam. Malaysia tewas 4-1. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan menggesa anak-anak buahnya bangkit pada aksi kedua menentang Chile dalam Piala Dunia Remaja Wanita 2025 di Santiago, hari ini.

Lailin berkata, analisis perlawanan Chile menentang Belanda yang berkesudahan tuan rumah tewas 8-0 akan dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan.

“Untuk menentang Chile aksi seterusnya, kita akan analisis kelemahan dan kekuatan Chile dan kita akan membuat perancangan untuk menentang mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain-pemain harus bangkit dan tidak mengulangi kesalahan yang sama ketika menentang Jepun,” katanya.

Terdahulu, Malaysia memulakan saingan Kumpulan A dengan langkah kiri apabila tumpas 4-1 kepada Jepun yang memperoleh tiga gol pada suku pertama.

Mengulas lanjut, Lailin mengakui pemainnya berasa gugup pada awal permainan sehingga membenarkan lawan memperoleh tiga gol dengan mudah sebelum menemui rentak permainan pada suku kedua dan ketiga.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain walaupun mereka agak gugup pada suku pertama di mana mereka melepaskan tiga gol.

“Suku kedua dan ketiga mereka bangkit dan dapat satu gol menerusi pukulan sudut penalti. Jepun dapat sembilan pukulan sudut penalti dan hanya satu gol mereka peroleh daripadanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini