Bapa pemandu BYD Seal bayar jaminan RM36,000

Bapa pemandu BYD Seal bayar jaminan RM36,000

HAUR Raeven Gowyha ketika dibawa bagi berdepan tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak 5 tahun di Mahkamah Majistret, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemandu BYD Seal terlibat kemalangan yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun di Jalan Kuching, Sabtu lalu, membayar jaminan RM36,000.

Difahamkan proses bayaran jaminan yang selesai pada pukul 11.30 pagi dibuat oleh bapanya berumur 55 tahun.

Tertuduh, Haur Raeven Gowyha, 24, yang memakai topi dan pelitup muka kemudian dilihat menunduk sambil dibawa keluar ke pekarangan Kompleks Mahkamah, di sini, bersama bapa dan peguam bela.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pemandu terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah dia sebagai pemandu kereta elektrik jenis BYD Seal didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5.

Sabtu lalu, tular beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan sebuah kereta Bezza dilanggar dari arah belakan oleh kereta BYD Seal dipandu Raeven.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang Perodua Bezza cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pelanggaran tersebut turut melibatkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Pe­rodua Myvi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini