Young Tigers dituntut serlah di SOJC

Young Tigers dituntut serlah di SOJC

Mohd. Hairi Mad Shah (tengah) bersama barisan penaja pada Majlis Pelancaran SOJC di Hotel Novotel, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 yang bakal membuka tirainya bermula 17 Oktober ini menyaksikan lima negara berentap merebut trofi tahunan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan yang memasuki edisi ke-14 menyaksikan penyertaan terendah sepanjang sejarah SOJC dengan hanya empat pasukan antarabangsa iaitu Kanada, China, Jepun dan Pakistan sahaja mengambil bahagian manakala juara edisi lalu, Australia serta tiga bekas juara yang lain iaitu Great Britain, Jerman dan India tidak menyertainya.

Walaupun mendapat penyertaan yang rendah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berharap skuad hoki remaja memanfaatkan peluang ini sebagai persediaan menjelang Piala Dunia Hoki Remaja nanti.

Beliau berharap skuad Young Tigers yang mendapat tempat keempat Piala Remaja Asia Mochi, China bulan lalu mampu mengulangi kejayaan menjuarai SOJC yang dimenangi skuad hoki remaja kebangsaan dalam edisi pertama pada 2011.

“Saya mengharapkan tahun ini menjadi titik kebangkitan, apatah lagi pasukan hoki senior baru sahaja meraih tempat kedua di Sukan Asia. Saya harap kejayaan itu menjadi suntikan semangat untuk skuad junior kita memberikan persembahan terbaik dan menghadiahkan kemenangan SOJC nanti,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini