1,087 askar Russia ambil nyawa sendiri sejak perang Ukraine

1,087 askar Russia ambil nyawa sendiri sejak perang Ukraine

ANGGOTA tentera Russia menunggu raptai perarakan sempena Hari Kemenangan, yang diadakan di Dataran Merah, di Moscow kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 1,000 anggota tentera Russia dilaporkan mengambil nyawa sendiri sejak pencerobohan ke atas Ukraine bermula, menurut pendedahan data rasmi yang bocor.

Berdasarkan data sulit milik agensi perangkaan negara Russia, Rosstat yang dilihat akhbar The Guardian, sekurang-kurangnya 1,087 anggota tentera membunuh diri di Ukraine atau di wilayah sempadan Russia antara tahun 2022 hingga 2026.

Data daripada himpunan 11 juta sijil kematian yang bocor itu menunjukkan trend berkenaan meningkat secara berterusan sejak pencerobohan berskala penuh dilancarkan, daripada lebih 50 kes pada 2022 kepada 365 kes tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar tersebut turut mengenal pasti 885 lagi kematian di dalam atau berhampiran Ukraine yang diklasifikasikan sebagai ‘kecederaan berkaitan senjata api’ dengan ‘niat tidak dapat dipastikan’, yang menurut pakar berkemungkinan turut merangkumi kes bunuh diri.

Russia tidak mendedahkan angka rasmi korban perangnya, namun Ukraine menganggarkan Moscow telah kehilangan sehingga 1,641,489 anggota tentera termasuk yang terbunuh dan cedera sejak Februari 2022, melebihi 1.5 juta anggota aktif yang dimiliki negara itu ketika ini.

Analisis berasingan ke atas rekod bocor Rosstat oleh akhbar Financial Times (FT) pula merumuskan sekurang-kurangnya 1,229 askar Russia membunuh diri antara 2022 hingga September tahun ini.

Dapatan itu menjadikan anggota tentera Russia berisiko lebih dua kali ganda untuk membunuh diri berbanding populasi awam di negara berkenaan.

FT turut mendapati trend peningkatan ketara sepanjang tempoh perang berlangsung, iaitu daripada 235 kes pada 2023 kepada sekitar 300 kes pada 2024 dan 371 kes pada 2025, manakala tahun ini dijangka melebihi 400 kematian berdasarkan corak semasa.

Lebih 600 daripada keseluruhan kematian itu direkodkan di kawasan barisan hadapan yang sebahagiannya diduduki Russia, lokasi yang menyaksikan pertempuran paling sengit dan berlarutan dalam konflik berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini