Berhenti TTC buat sementara waktu, Janna Nick mahu fokus turun berat badan - Utusan Malaysia

Berhenti TTC buat sementara waktu, Janna Nick mahu fokus turun berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon, Janna Nick sanggup menghentikan perancangan untuk menimang zuriat (TTC) buat sementara waktu kerana mahu fokus untuk menurunkan berat badannya.

Menurut Janna atau Nurul Janna Muner, keputusan itu dilakukan kerana enggan kesan pengambilan ubat hormon mengganggu prosesnya untuk menurunkan berat badan selama 90 hari selepas terlibat dalam program 3Days X Turun KG yang dilancarkan oleh Marsha Sdn Bhd.

“Perjalanan TTC saya akan dihentikan buat sementara waktu. Saya juga sudah berhenti mengambil ubat hormon kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan dengan pengambilan produk ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan komitmen saya terhadap Masha Group. Sepanjang 90 hari ini, saya mahu benar-benar memberikan fokus untuk melihat sama ada produk 3 Days berkesan atau sebaliknya.

“Saya tidak mahu sekiranya produk ini tidak berkesan, nanti ubat hormon pula dipersalahkan. Saya rasa tidak adil jika saya mencuba produk mereka tetapi pada masa sama mengambil produk atau ubat lain.

“Jadi, saya menghentikan pengambilan ubat hormon untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada Three Days. Saya mahu memberikan ulasan yang benar-benar jujur kepada semua pengguna,” katanya ketika ditemui di majlis pengumuman dirinya sebagai duta rasmi 3Days x Turun KG Musim 2, pada Selasa.

Masih tidak berputus asa perjuangkan garis dua, Janna turut menganggap keputusannya untuk kurus kali ini juga merupakan salah satu ikhtiar agar proses untuk mendapatkan zuriat membuahkan hasil.

“Ramai kata kalau saya turunkan berat badan dan bersenam dengan harapan saya boleh hamil secara semula jadi. Sebab saya rasa sudah mencuba pelbagai cara.

“Setahun saya berada di London, cuba menjauhkan diri seketika daripada industri hiburan, memberikan fokus kepada pengajian dan menjalani kehidupan sihat, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

“Jadi, saya mula memikirkan kemungkinan berat badan juga menjadi salah satu faktor. Kita cuba ikhtiar dengan cara lain. Ini merupakan salah satu ikhtiar yang saya cuba lakukan.

“Sekiranya selepas menurunkan berat badan masih belum dikurniakan zuriat, kita akan mencari alternatif lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini