Pelajar sekolah dalang ugutan bom palsu di gedung beli-belah

Pelajar sekolah dalang ugutan bom palsu di gedung beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang pelajar sekolah menengah dikenal pasti sebagai suspek yang menghantar mesej faks palsu mengenai ancaman bom di rangkaian gedung beli-belah terkenal Korea Selatan, Shinsegae.

Mesej berkenaan dihantar kepada polis pada petang Ahad, sekali gus mencetuskan operasi pemeriksaan di kesemua 13 cawangan Shinsegae di seluruh negara kerana lokasi yang didakwa menjadi sasaran tidak dinyatakan secara khusus.

Bagaimanapun, pemeriksaan pihak berkuasa tidak menemukan sebarang bahan letupan di premis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes itu pada mulanya disiasat Balai Polis Guro di Seoul sebelum suspek, pelajar tahun tiga sekolah menengah, berjaya dikesan di kediamannya di Ulsan, kira-kira 310 kilometer ke tenggara Seoul, pada Isnin dengan bantuan polis tempatan.

Pelajar terbabit dilaporkan mengaku menghantar mesej berkenaan, manakala siasatan mengesahkan tiada bahan letupan dipasang di mana-mana cawangan gedung beli-belah itu.

Insiden berkenaan mengingatkan kejadian serupa pada Ogos 2025 apabila satu hantaran dalam talian mendakwa bahan letupan ditanam di cawangan utama Shinsegae di daerah Myeongdong, Seoul.

Ancaman itu menyebabkan kira-kira 4,000 pelanggan dan kakitangan dipindahkan bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Suspek dalam kejadian terdahulu itu juga merupakan pelajar sekolah menengah, ketika itu berada di tahun satu dan menetap di pulau peranginan Jeju di selatan Korea Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini