Ganjaran RM308,000 jika lapor penipuan peperiksaan

Ganjaran RM308,475 jika lapor penipuan peperiksaan

PEPERIKSAAN CSAT atau Suneung merupakan ujian penting untuk pelajar Korea Selatan yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung menawarkan ganjaran sebanyak 100 juta won (RM308,475) kepada individu yang melaporkan kes penipuan dalam peperiksaan kemasukan universiti yang berlangsung minggu lalu.

Jae-myung menerusi hantaran di media sosial kelmarin berkata, ganjaran itu akan diberikan bagi setiap kes yang dilaporkan, sekali gus membolehkan jumlah keseluruhan melebihi 100 juta won sekiranya seseorang mendedahkan beberapa kes penipuan.

Beliau menyifatkan perbuatan meniru dalam peperiksaan berkenaan sebagai jenayah serius yang setanding dengan rasuah membabitkan pegawai kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jae-myung turut berkata, calon yang mengaku melakukan penipuan dan mendedahkan rakan subahat mereka akan menerima pengurangan hukuman atas kesalahan sendiri, namun masih layak menerima ganjaran penuh bagi laporan yang dibuat.

“Penipuan dalam peperiksaan kemasukan universiti adalah jenayah yang sama serius seperti rasuah oleh pegawai awam,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan akan menjejaki semua calon yang terbabit sehingga ke akhirnya dan mengenakan hukuman tegas terhadap mereka.

Katanya, perbuatan meniru dalam peperiksaan itu mencabuli hak ratusan ribu calon lain yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Pemberian ganjaran wang tunai itu merupakan antara langkah membanteras penipuan yang diperkenalkan kerajaan susulan kebimbangan terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam peperiksaan kebangsaan.

Kebimbangan itu semakin meningkat selepas calon yang memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan akauntan cukai bertauliah tahun ini mengaku menggunakan AI dan peranti digital untuk meniru.

Peperiksaan Keupayaan Akademik Kolej (CSAT) atau lebih dikenali sebagai Suneung, merupakan kemuncak usaha pembelajaran intensif selama bertahun-tahun bagi kebanyakan pelajar di Korea Selatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini