B-23 tidak boleh tewas kepada Vietnam

B-23 tidak boleh tewas kepada Vietnam

Skuad Harimau Malaya B-23 menjalani latihan di Padang Romsai Football Club, Bangkok, semalam menjelang pertemuan menentang Vietnam di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara tidak boleh tewas menjelang aksi terakhir Kumpulan B menentang Vietnam dalam merealisasikan impian ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2025 di Bangkok hari ini.

Ketua jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain menegaskan, anak-anak buahnya tidak mempunyai pilihan selain memastikan sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam perlawanan itu.

Malaysia berada di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan, namun Nafuzi menekankan fokus utama tetap untuk menang sambil mengingatkan pemain agar tidak terlalu ghairah menyerang hingga membuka ruang buat pihak lawan.

“Kita bermain untuk menang, tetapi yang paling penting kita tidak boleh tewas.kita tidak boleh rasa terlalu bertahan.

“Kita cuba untuk menjaringkan gol, untuk menang, tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh terlalu ghairah untuk menyerang.

“Pemain perlu bermain dengan secara yang bijak dan seimbangkan dari segi serangan dan bertahan serta perlu cukup berdisiplin.

“Kita tahu yang Vietnam akan datang dengan kekuatan 100 peratus untuk menang perlawanan ini jadi kita kena fokus dengan apa-apa yang kita perlu buat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa perubahan taktikal mungkin bakal dibuat berdasarkan perubahan pemain yang sedia ada.

“Mungkin kita ada sedikit perubahan bergantung kepada pemain yang kita ada. Bergantung kepada corak permainan Vietnam, sesuai dengan bagaimana kekuatan Vietnam bermain,” jelasnya.

Skuad negara hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir, namun kemenangan tetap menjadi sasaran utama buat skuad muda negara demi memastikan langkah lebih meyakinkan ke peringkat seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN