Nilai Arif Aiman lonjak RM3.16 juta

Nilai Arif Aiman lonjak RM3.16 juta

ARIF Aiman Hanapi semakin mendapat pengiktirafan dalam kalangan warga bola sepak dan peminat sukan tanah air. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saham bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila nilai pasaran semasanya dilaporkan meningkat mendadak.

Berdasarkan kemas kini terbaharu Transfermarkt, nilai pasaran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 23 tahun itu mencecah 650,000 euro (RM3.16 juta).

Nilai tersebut meningkat sekitar 200,000 euro (RM980,000) berbanding Mei 2023 seiring dengan peningkatan prestasi pemain lincah Harimau Malaya ini.

Kedudukan itu menyaksikan Arif Aiman muncul pemain kedua termahal Harimau Malaya dalam skuad semasa, di belakang kapten, Dion Cools (RM4.9 Juta).

Peningkatan mendadaknilai pasaran itu hasil peningkatan prestasi Arif Aiman sepanjang musim ini Bersama Harimau Selatan an skuad kebangsaan.

Musim ini, Arif Aiman sudah menjaringkan lapan gol dan merekodkan 11 bantuan jaringan dalam 14 penampilan dalam semua pertandingan

Konsistensi dan kematangan yang semakin menyerlah menjadikan Arif Aiman aset penting buat Harimau Selatan dan skuad kebangsaan kendalian peter Cklamovski.

Lebih membanggakan, Arif Aiman turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025.

Walaupun trofi berprestij itu dimenangi oleh bintang Arab Saudi, Salem Al-Dawsari, pencalonan tersebut sudah cukup untuk membuktikan namanya kini sebaris dengan pemain elit Asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN