Akhiri badi ‘pulang awal’ atau tenggelam

Akhiri badi ‘pulang awal’ atau tenggelam

Leong Jun Hao akan menentang pemain India, H.S. Prannoy pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Kumamoto Masters hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan No.1 negara, Leong Jun Hao akan menentang pemain berpengalaman India, H.S. Prannoy pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Kumamoto Masters hari ini dengan misi menamatkan badi tewas awal yang menghantuinya musim ini.

Prestasi pemain No. 22 dunia itu dalam siri jelajah Eropah baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila tewas kesemuanya pada pusingan pertama, termasuk Terbuka Denmark, Perancis dan Hylo, menimbulkan persoalan tentang ketidaktentuan prestasinya setakat ini.

Pengarah kejurulatihan perseorangan kebangsaan, Kenneth Jonassen berkata, situasi itu sentiasa sukar untuk membuat pemulihan cepat selepas kejohanan di mana keputusan tidak memihak kepada Jun Hao, tetapi itulah tugasan yang perlu dihadapinya.

“Sentiasa sukar untuk membuat pemulihan cepat selepas kejohanan di mana keputusan tidak memihak kepada kita, tetapi ini tugasan yang perlu Jun Hao hadapi.

“Secara mental, dia mesti atasi situasi ini dan tunjukkan bahawa dia telah belajar daripada perkara yang tidak berhasil di Eropah,” kata Jonassen.

Kenneth menambah, menentang pemain berpengalaman seperti Prannoy, tiada mata yang mudah dan konsistensi sepanjang perlawanan menjadi kunci kemenangan.

“Matlamat akhir tahun adalah keluar ke gelanggang dan tunjukkan kemampuan sebagai seorang pejuang,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×