Pang Ron-Pei Jing teruskan momentum kemenangan di Kumamoto

Pang Ron-Pei Jing teruskan momentum kemenangan di Kumamoto

BEREGU Campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing masih mengekalkan momentum positif selepas berjaya mara ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Gandingan yang kini menghuni ranking No. 14 dunia itu menewaskan wakil Kanada, Jonathan Lai-Crystal Lai 21-14, 21-14 dalam masa 30 minit di peringkat 32 terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pang Ron-Pei Jing yang mempamerkan prestasi konsisten sejak kebelakangan ini, bagaimanapun, bakal mengharungi ujian getir menentang beregu No. 2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di peringkat 16 terbaik, esok.

Bagaimanapun, kemaraan Pang Ron-Pei Jing gagal diikuti dua lagi beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Chan Wan Tse dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang terkandas di pusingan awal.

Tang Jie-Wan Tse terpaksa akur kepada wakil tuan rumah, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 15-21, 10-21 dalam masa 32 minit.

Pasangan suami isteri, Soon Huat-Shevon pula tunduk di tangan gandingan muda China, Zhu Yi Jun-Li Qian 19-21, 23-21, 21-23 dalam masa 56 minit.

Turut tersungkur di pusingan awal, beregu lelaki profesional negara, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi yang tumpas kepada He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China 21-19, 14-21, 10-21 dalam masa 50 minit.

Menerima nasib serupa, dua wakil perseorangan wanita, K. Letshanaa dan Wong Ling Ching yang juga ditunjukkan jalan keluar oleh pencabar masing-masing.

Letshanaa yang menghuni ranking No. 28 dunia kalah kepada pemain ke-38 dunia Jepun, Nidaira Natsuki 18-21, 21-18, 12-21 dalam masa 1 jam 30 minit.

Ling Ching pula yang berada di tangga ke-43 dunia tewas kepada bintang No. 8 dunia, Pornpawee Chochuwong dari Thailand 21-17, 4-21, 13-21 dalam masa 56 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini