PSG terlalu kuat buat Barcelona

PSG terlalu kuat buat Barcelona

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola (kiri) bersaing dengan pemain Barcelona, Marcus Rashford dalam saingan Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan ‘watak juara’ ketika bangkit menumpaskan Barcelona 2-1 dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara, semalam.

Juara bertahan itu bangkit selepas ketinggalan awal dan berdepan pelbagai cabaran untuk meraih kemenangan penting di Stadium Olimpik Montjuic, sekali gus kemenangan ketiga berturut-turut mereka di ibu kota Catalonia.

“Ia satu perlawanan yang cemerlang, apabila anda melihat dua pasukan bermain secara bersih, cuba saling menyakiti dengan bermain bola sepak, ia satu perlawanan sangat lengkap, ” kata pengendali PSG, Luis Enrique.

Barcelona membuka jaringan awal menerusi Ferran Torres sebelum pemain muda berusia 19 tahun, Senny Mayulu menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil umpanan menarik dari sebelah kiri oleh Nuno Mendes.

Pemain gentian, Goncalo Ramos muncul wira PSG apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi serangan balas di penghujung perlawanan untuk memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh.

“Mereka (Barcelona) lebih baik sehingga mereka menjaringkan gol, tetapi kami bangkit semula. Mayulu melakukan satu aksi luar biasa. Saya rasa kami lebih baik dalam separuh masa kedua,” tambah Luis Enrique.

Dalam aksi berkenaan, PSG turun tanpa beberapa pemain utama termasuk kapten Marquinhos, Ousmane Dembele, Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia yang mengalami kecederaan.

“Mayulu memiliki banyak kekuatan, dia menawarkan banyak perkara. Dia mempunyai banyak kualiti dan boleh bermain di dalam dan di luar. Saya sangat bertuah memilikinya,” kata Luis Enrique. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN