John, Pak Long tambah bisa skuad sepak takraw

John, Pak Long tambah bisa skuad sepak takraw

Muhammad Hafizul Hayazi Adnan (kanan) antara yang dipanggil menyertai kem negara untuk persediaan ke Sukan SEA Thailand. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran dua tonggak Negeri Sembilan Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari menambah sengat skuad sepak takraw menjelang Sukan SEA di Thailand pada Disember ini.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, kedua-dua pemain yang lebih mesra disapa John dan Pak Long kini menunggu proses akhir pelepasan majikan masing-masing sebelum menyertai kem latihan pusat.

“Insya-Allah, apabila semua selesai, kita percaya kehadiran mereka akan memberi nilai tambah besar kepada kekuatan pasukan negara.

“Kombinasi ini penting untuk memastikan Malaysia tampil dengan skuad terbaik di temasya nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki kedua-dua pemain berkenaan mampu memberikan dimensi baharu dalam corak permainan negara, selain menjadi pemangkin semangat buat rakan sepasukan lain.

‘Kita harap momentum regu NS Antlers khususnya dapat memberikan satu kelebihan atau kekuatan tambahan kepada pasukan negara di temasya dwitahunan itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, seramai 21 pemain skuad lelaki bakal menjalani kem latihan berpusat di Majlis Sukan Negara (MSN) selama dua bulan bermula menjelang Sukan SEA Thailand yang bakal membuka tirai pada Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×