Dua kemenangan lonjak ranking Harimau Malaya

Dua kemenangan lonjak ranking Harimau Malaya

Penyerang Harimau Malaya, Joao Figueiredo meraikan gol jaringannya menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengutip mata ranking Persekutuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) maksimum selepas menang dua perlawanan persahabatan antarabangsa, bulan ini.

Anak buah Peter Cklamovski cemerlang membenam Singapura 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu dan kelmarin, menewaskan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kemenangan ke atas Singapura menyaksikan Malaysia menambah 3.86 mata sebelum menokok 5.89 mata selepas berjaya menumpaskan Palestin yang berada di ranking lebih baik.

Pertambahan itu menyaksikan Harimau Malaya mengumpul 1,148.23 mata dan boleh melonjak ke tangga 120 dunia, namun ia juga bergantung kepada keputusan perlawanan lain.

Ranking dunia FIFA akan dikemas kini secara rasmi pada 18 September ini dan dua kemenangan yang dilakar ini sudah pasti akan melonjakkan ranking skuad kebangsaan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani berkata, sekiranya ranking Malaysia melonjak ke ranking 120 dunia, itu merupakan satu berita gembira kerana menjadi penanda aras pencapaian Harimau Malaya.

Katanya, pemilihan Cklamovski sebagai jurulatih amat berkesan ketika ini selepas berjaya mengemudi Harimau Malaya melakar keputusan positif termasuk dalam kelayakan Piala Asia 2027.

“Saya ada baca juga kalau kita menang dua aksi persahabatan ini kita boleh melonjak ke kedudukan 120 dunia, ini adalah kedudukan terbaik selepas sekian lama dan pastinya peminat juga gembira.

“Kemenangan ini disumbang oleh kebijaksanaan Cklamovski dalam mengatur strategi pasukan. Contohnya masa lawan Palestin kita hilang dua pertahanan (Dion Cools dan Facundo Garces), tetapi jurulatih tidak panik.

“Dia (Cklamovski) boleh susun pemain dengan baik dan berikan kepercayaan kepada pemain tempatan. Ini adalah petanda positif untuk pasukan bila kita boleh buat penggiliran pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, corak permainan yang ditampilkan Harimau Malaya sekarang banyak berubah biarpun berdepan pasukan yang berada di ranking lebih baik.

“Kita dapat tengok sekarang pasukan bermain dengan intensiti tinggi dan hantaran pendek. bermula dari bawah menyusun perlawanan dengan baik ke kubu lawan dan tidak mudah hilang bola,” katanya.

Dalam masa yang sama, Hassan berharap skuad negara dapat mengekalkan momentum kemenangan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 yang bersambung pada bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×