Giliran Mainoo tinggalkan Manchester United?

Giliran Mainoo tinggalkan Manchester United?

Kobbie Mainoo kini menjadi pilihan Michael Carrick. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kobbie Mainoo berkemungkinan meninggalkan Manchester United selepas tidak menjadi pilihan dalam skuad kendalian Ruben Amorim di Old Trafford.

Ketika ini, dua gergasi Sepanyol Real Madrid dan Atletico Madrid dilaporkan sedang memantau situasi Mainoo selain minat yang datang daripada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Setakat ini perpindahan secara pinjaman untuk semusim menjadi pilihan menarik bagi kelab-kelab dari ibu kota Sepanyol itu, dengan jendela perpindahan bakal ditutup pada Isnin.

Mainoo yang datang daripada akademi remaja United, masih belum diturunkan beraksi dalam dua perlawanan awal EPL, sekali gus menimbulkan kemarahan peminat.

Pemain berusia 20 tahun itu pulih daripada kecederaan Disember lalu, tetapi statusnya berubah daripada pilihan utama kepada pemain simpanan di kem Amorim.

Tahun lalu, Mainoo menjadi tonggak utama England dalam aksi final Euro 2024, selain turut menjaringkan gol penting untuk United dalam kemenangan ke atas Manchester City di final Piala FA. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×